Pada zaman Abu Hasan Bin Bisyar (salah seorang sufi), ada seorang pemerintah zalim. Pada suatu waktu dia tengah duduk santai di dalam vila, di tepian pantai sambil menikmati berbagai hidangan dan bermacam jenis minuman keras. Perilaku pemerintah itu memancing Abu Hasan untuk mengumpulkan jemaah, yang terdiri daripada orang-orang soleh.
Mereka berkerumun di bawah, di depan vila nan tinggi lagi megah. Dengan serentak dikumandangkan gema Al-Quran, dengan nada suara keras. Mendengar gemuruh suara jemaah yang mengumandangkan Al-Quran, keluarlah seorang pelayan dari vila seraya bertanya; "Mengapakah kamu berkumpul di tempat ini? Kamu telah mengganggu kami."
Abu Hasan Bin Bisyar menjawab, "Katakanlah kepada majikanmu, jangan berbuat kemungkaran dan mencuba melakukan secara terang-terangan. Manakala dia tidak mahu mendengar dan memperhatikan ucapan kami, akan kami bunuh dia!"
Dengan segera pelayan itu masuk menyampaikan pesanan itu kepada majikannya.
Pemerintah itu pun berkata; "Bagaimana mungkin mereka dapat membunuhku. Aku dikawal oleh pasukan yang kuat lagi pemberani. Lagi pula tenteraku banyak."
Kata-kata majikannya itu disampaikan kepada jemaah Abu Hasan oleh pelayan itu.
Kata pelayan itu, "Bagaimana kamu akan membunuh majikanku? Dia seorang hebat yang dikawal pasukan kuat lagi pemberani dan memiliki banyak tentera."
Abu Hasan kembali berkata, "Kami akan membunuh dia dengan pedang malam."
Pelayan itu bertanya, "Apakah pedang malam itu?"
Abu Hasan Bin Bisyar menjawab, "Kami akan berdoa kepada Allah, dengan mengangkat tangan tinggi-tinggi."
Pelayan itu pun menyampaikan jawapan Abu Hasan ini kepada majikannya. Dia pun segera meninggalkan perbuatan mungkarnya itu seraya berkata, "Kalau memang itu senjata yang akan digunakan untuk membunuhku, tak ada lagi kekuatan untuk menangkisnya."
Sejak saat itulah pemerintah itu sedar serta kembali ke jalan yang benar dan bertaubat kepada ALlah SWT.
Tuesday, January 19, 2010
PEDANG MALAM
Posted by Sang perindu cinta ilahi at 1:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment