BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Thursday, December 31, 2009

2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ana ,Alhamdulillah dalam kiraan tambah tolak usia blog ana sudah pun berumur lebih kurang 1 tahun 6 bulan.Alhamdulillah Allah memberikan keizinan untuk menggunakan teknologi yang di berikan kearah yang kebaikkan ,harapan juga agar semua pengunjung dapat mengambil iktibar dari apa yang tertulis atau terdengar di dalam blog ana ini.Lupa juga ingin mengucapkan selamat tahun baru tp lebih utama jika kita sambut tahun baru islam dari tahun baru yang disambut di merata rata tempat malam tadi.

Di sini saya ingin mengajak semua diantara kita agar berfikir apa yang di sambut malam tadi oleh stesyen2 televisyen ,sambutan ambang tahun baru 2010 adakah ada manfaatnya.Maaf jika kata kata saya ini mengena mana mana pihak..Jika sebelum ini banyak promosi yang mengajak kita semua menjaga akhlak,jadikan akhlak mulia,berbudi bahasa budaya kita,melahirkan modal insan di kalangan rakyat Malaysia,malah di nobatkan pula gagasan satu Malaysia entah apa apa lagi saya tidak dapat senaraikan semuanya tetapi jika kita rakyat Malaysia seharusnya prihatin dengan perkara perkara begini.Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri maka berbagai gagasan yang di bawa.

Seiring dengan pesanan positif yang di sampaikan melalui media massa dan elektronik berlaku juga pesanan negatifnya contoh yang saya boleh berikan adalah golongan artis yang mana rata rata mereka ini adalah orang yang paling senang muncul di kaca televisyen dan menjadai kegilaan ramai ,tidak kira la dari usia berapa.Mereka ini adalah contoh ikutan terdekat tetapi apa yang berlaku sekarang artis artis Negara kita sudah tidak menunjukkan nilai nilai etika sebagai orang timur,bagi yang beragama islam sudah tidak segan silu melakukan benda itu dan benda ini.JIka kita soroti kembali hal ni berlaku kerana tiadanya penapisan atau tahap pengawasan yang tinggi dari pihak yang berwajib ke atas hal tersebut.JIka hal ini berlarutan saya tidak tahu apa akan jadi pada 2 atau 3 tahun akan datang.Buka saja tv sudah macam macam iklan yang tidak sepatutnya ada di adakan.wanita diboneka kan mcam macam lagi yang ada sekarang ni.Dari cerita kartun sehinggalah ke cerita lakonan manusia yang hidup macam macam unsure yang ada,saya rasa anda semua boleh fikir apa yang saya maksudkan dengan “UNSUR”.

Memang tidak dinafikan apa apa yang terjadi berbalik pada diri sendiri ,tetapi harus diingatkan bahawa persekitaran juga memainkan peranan penting dalam menjadikan diri sebagai manusia,jadi apa yang kita boleh banggakan dengan sambutan tahun baru 2010 dengan adanya pesta tari menarai,konsert artis artis terkenal,semua bangga dengan kejayaan duniawi,bangga dengan pembangunan yang pesat membangun,tetapi pembangunan rohaniah makin di lupakan.Seruan saya kepada semua agar jadikan tahun baru 2010 ini sebagai pemangkin perubahan kearah mengenal kembali siapa pencipta kita,siapa pemilik alam ini,jangan sampai kita lupa siapa penciptanya .Berbeza juga sambutan tahun baru islam dengan tahun baru 2010.Cuba fikir sama sama ,Sampai bilakah kita ingin menjadi seperti apa yang saya sebut di atas tadi.

Akhir kalam,saya mohon kemaafan andai ada yang menyentuh hati atau membuatkan ada yang tidak senang dengan coretan saya ini,bukan niat ingin menjatuhkan tetapi sebagai peringatan dan sebagai satu tanda yang anda semua adalah saudara seislam saya maka wajiblah bagi saya untuk nasihat menasihati,tetapi anda juga harus tahu bahawa setiap apa yang saya tulis adalah peringatan pertama pada diri saya sendiri,Ampunkan diri hambamu ini Ya ALLAH,sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri.SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT BUKA LEMBARAN BARU ROHANA

Email ni ana dapat dari satu laman web yang ana daftar sebagai ahli iaitu di
web kerja-kerajaan.com.Bila ana terima email ni ana mengucapkan terima kasih bayak bayak kepada moderator laman web ni kerana memberi semangat kepada semua ahli ahlinya yang berada di laman webnya.Walau pun ringkas tulisannya tetapi banyak maknanya sebagai motivasi diri.


Salam ROHANA,

Apa khabar? Saya harap sihat selalu.
Dah lama saya tak tanya khabar..


Sebelum tahun 2009 ini berakhir,
mari ROHANA renungkan apa
yang ROHANA lalui dalam
tempoh setahun ini..


Sudah pasti ada manis dan ada
pahitnya. Dalam hal temuduga
kerja kerajaan ini, mungkin
ada pelbagai kisah duka ROHANA.


"Mungkin ROHANA dipanggil
temuduga tak dapat?"

"Mungkin ROHANA dipanggil
temuduga tapi gagal?"

"Mungkin ROHANA dah berjaya
temuduga, dan sudah laporkan diri"

"Mungkin ROHANA dah dapat
tapi terpaksa menolaknya?"

"Mungkin ROHANA salahkan
kabel sebagai punca kegagalan?"

"Mungkin ROHANA dah berputus
asa dalam memburu kerjaya di sektor
awam?"

"Mungkin ROHANA seorang yang
tabah dalam menghadapi kegagalan demi
kegagalan?"

Atau 1001 lagi kisah suka duka sepanjang
tahun 2009 ini. Setiap orang ada kisahnya.

Apa yang dah berlalu, biarkannya...

Tahun baru yang mendatang, kita bina
azam baru...

Jadi,

Apakah azam ROHANA pada 2010?

Pastinya..

Azam yang bakal menghasilkan kejayaan
buat ROHANA. Walau apapun azam
ROHANA, jangan lupa sentiasa
ingat kepada Tuhan. Hanya dengan
kuasa-NYA azam yang ROHANA bakal
tercapai.

Jadikan pengalaman lalu sebagai pemangkin
ke arah kejayaan pada masa akan datang.
Jika ada buat kesilapan, usah diulangi
lagi.

Di sini saya cuma ingin ucapkan selamat
maju jaya buat ROHANA, terutamanya
pada tahun 2010 yang bakal tiba sehari dua
lagi.

Maaf lah, berceloteh pula saya....

Selamat Tahun Baru buat ROHANA dan
semoga dipanjangkan umur.

Tahun depan kita bersua lagi di alam
maya ini...


Sekian,

JaMaL
Admin Kerja-kerajaan

Tuesday, December 29, 2009

PENGORBANAN SEORANG IBU





Renungkanlah...

"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'I LOVE U MOM'.

Sunday, December 27, 2009

MALAM

Kata orang
Malam itu adalah
Absence of light

Dikala mentari terik memancar
Menyinari bumi
Manusia mencari rezki

Tika Bumi mengelilingi sang mentari
Bumi terus berputar mengikut paksinya
Meninggalkan kesan pada penduduknya
Adakalanya timur yang disinari
Ada masanya barat yang disinari

Pabila tibanya keheningan malam
Syahdu menusuk kalbu
Saatnya bermanja dengan sang Pencipta
Detik yang mengasyikkan
Meninggalkan keseronokan dunia
Hanya cinta Allah menghiasi malam

Disaat inilah
Waktunya bermuhasabah
Rasa keharuan memenuhi jiwa
Rindu pada yang Maha Esa
Di detik inilah saatnya
Mengadu segala rasa suka dan duka
Dengan keyakinan yang mantap
Menyakini bahawa Allah senantiasa disisi
Sedang mendengar luahan hati
Sedang melihat hambaNya

Pastinya Tuhan juga akan gembira jika hambaNya sering mengingatiNya!
Dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

BINGKISAN BUATMU MUSLIMAH


Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.




"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)


Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)


Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

Wednesday, December 23, 2009

BILA PADERI BUKA RAHSIANYA


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,
dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Limayang tiada enamnya ialah Solat limawaktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi YunusAS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekatbarang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang limawaktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cubamengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah WaWa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

* Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam.


Sunday, December 20, 2009

Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah


Tulisan Ustaz Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan adalah seorang ulamak dan pendakwah yang dikenali. Beliau adalah antara pelopor pergerakan Islam dalam tahun 50-an, berkelulusan PhD dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Dr Fathi Yakan telah mengarang lebih dari 35 buah buku, sebahagian besarnya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.

Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:
Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.
(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:
dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.
(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: “biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya”.

Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.
Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.
Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.

Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.

Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan “muraqabah” dan “muhasabah” serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.
(hadis riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.

Wednesday, December 16, 2009

BERSAMA MENGHAYATI SEMANGAT PARA NABI

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.

Monday, December 14, 2009

SEMOGA KAU ISTIQAMAH

“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”

“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u1 kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u1 kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

“Zinnirah, awak marah saya ke?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.

“Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

Khalida diam, merenung jauh…


* * *


Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Zinnirah”

Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie3.

“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah..”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”


* * *


Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak


Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…


* * *


“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

“Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..

Semoga kau istiqamah sahabatku!


Glosari:
1 mad’u - orang yang didakwah
2 naqibah - pengendali majlis usrah
3
da’ie - pendakwah

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami yang menuruti kehendak isteri.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Wednesday, December 9, 2009

BENAR KITA DAI'E? DIRI BAGAIMANA


Assalamualaikum……dan salam persaudaraan kepada semua pengujung blog ana.


Alhamdulillah pada hari ini diberikan lagi hembusan nafas oleh pencipta kita Yang Maha Agung ALLAH SUBHANAHUWAALA,tiada siapa yang berupaya menjadikan sesuatu melainkan Allah .Syukur juga pada kali ni ana terdetik untuk menukilkan satu coretan untuk dikongsikan bersama dan dijadikan muhasabah kepada diri ana terutamanya dan juga kepada semua saudara saudara seislam ana tidak kira dimana anda berada.


Tajuk yang ingin ana ulaskan pada hari ini adalah dai’e kah diri kita?

Dari pengetahuan cetek saya ini daie adalah seorang yang berusaha mendakwahkan orang lain dan juga matlamatnya adalah menyebarkan kefahaman islam yang seluas mungkin kepada semua orang dan dirinya serta matlamatnya yang utama adalah mencari keredhaan Allah.Kalau definisi ini salah tolong perbetulkan.Cuma kali ini ana ingin mengajak semua yang terlibat dalam lapangan dakwah ataupun lebih sinonim dikatakan sebagai daie untuk berfikir secara kritis dan kreatif adakah diri mad’u kita sahaja yang kita ingin dakwahkan bagaimana dengan diri kita selaku daie.


Sengaja ana mengulas tajuk ini untuk kita selaku dai’e agar sama sama mengkoreksi diri kita.(dai’e).Mungkin ada juga yang pernah menjadi naqib/naqibah atau apa sahaja gelaran semasa berada dalam lapangan ilmu cthnya halaqah,usrah,liqa’ atau sebagainya.Kita selalu menasihati adik adik jangan buat itu,tinggalkan perbuatan ini,buat benda ni ,buat benda tu.tetapi diri kita bagaimana?tepuk dada Tanya iman kita masing masing.


Cuba kita selidiki kembali apa yang kita lakukan.Ana menulis bukannya ingin menunding kepada sesiapa Cuma mahukan kita muhasabah semula.Ana teringat naqibah ana dulu ada berkata ada kemungkinan mungkin sikap diri kita meyebabkan apa yang kita sampaikan pada seseorang itu tidak mencapai objektif yang kita tujui pada diri seseorang itu.Kemudian ana fikir sedalam dalamnya apa yang Naqibah ana katakan ada benar juga .Ana percaya semua jawapan dan juga persoalan ada di dalam hati kita semua sejauhmana kita sebagai dai’e bertanggungjawab terhadap tarbiyah diri kita sendiri.Memang menjadi dai’e memang meletihkan dan sibuk ,tetapi jangan dilupa semua itu ujian bagi kita sebagai daie untuk mengotakan apa yang kita nasihati pada madu madu kita.Kerana setiap apa yang kita katakan pada orang lain baiknya kita lakukan dulu.Semak surah Muhammah ayat 4 dan 5 apa ertinya.ana bukannya yang layak untuk mengupas persoalan ini kerana masih banyak yang perlu ana pelajari kerana banyak lagi kelompang di dalam diri.tetapi sekadar perkongsian untuk di muhasabahkan dan juga peringatan pada diri ana juga.Sekian coretan yang tidak seberapa.Ana tinggalkan semua pembaca dengan sebuah puisi sama sama kita renungkan.


Dakwah ini lahirnya dari rasa cinta
Turun terus dari cinta Allah yang tak terhitung luasnya
Kemudian dari depaan cinta Rasul
Yang fikirnya tidak habis tentang keadaan ummahnya
Menitik air matanya, menitis darahnya
tidak pernah mintanya untuk dibendung

Maka kita selaku para daie
Pada ketika ini
Mewarisi cinta ini
Menerima pemberiaan ini
Mengalas tanggungjawab ini

Sebabnya cinta itu saling berkaitan
Bahagianya kita, tidak pernah rasa enak kalau hanya dinikmati sendiri
Maka datangnya para mad'u daripada insan-insan yang kita sayangi
Kerananya, kita sendiri inginkan mereka faham apa yang kita faham
Berfikir pun serupa, menangis dan ketawa pun sama sebabnya
Alangkah indahnya kalau dapat berlari dalam medan juang yang sama
Bukankah cinta dengan cinta itu saling menguatkan?

Kemudiannya, dari situ kita lihat fajar kekuatan
Pada para daie yang tak kenal erti penat lelah
Tidak pernah henti akalnya terus berfikir
Tidak pernah henti langkahnya terus melangkah

Tapi apa mereka fikir murabbi ini senyum sentiasa?
Pada cinta terselit cemburu
Maka disebalik gembiranya
Hatinya penuh rasa sakit
Jiwa penuh rasa derita

Terpaksa berkongsi kasih
Dipaksa berebut sayang
Dengan cinta dunia
Dengan kesibukan
Dengan main-main mad'unya

Lebih kecewa
Dai'e ini tidak punya utamanya
dia bukan kekasih mad'unya
dia bukan sahabat paling rapatnya
dia bukan kawan seronoknya

Bila tangan bertepuk tidak disambut
Maka di situlah hatinya menangis
Usahkan hendak bercakap
Bertemu pun umpama menunggu hujan sepanjang kemarau

Sungguh, terbit risau pada masa
dalam usaha mendidik menuntut masa
sedangkan masa itu tidak pernah baik dengan kita
perlu banyak masa lagi untuk mengenali
perlu banyak masa lagi untuk mempercayai

tiba-tiba sahaja kita telah terlambat
dan perlu banyak masa lagi untuk perbaiki semula

Kembali para daie pada Ilahi
pemilik cinta hakiki
Doa-doa yang tidak terhenti
Kerana hidayahi hanya Dia yang miliki



BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails