BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Wednesday, December 9, 2009

BENAR KITA DAI'E? DIRI BAGAIMANA


Assalamualaikum……dan salam persaudaraan kepada semua pengujung blog ana.


Alhamdulillah pada hari ini diberikan lagi hembusan nafas oleh pencipta kita Yang Maha Agung ALLAH SUBHANAHUWAALA,tiada siapa yang berupaya menjadikan sesuatu melainkan Allah .Syukur juga pada kali ni ana terdetik untuk menukilkan satu coretan untuk dikongsikan bersama dan dijadikan muhasabah kepada diri ana terutamanya dan juga kepada semua saudara saudara seislam ana tidak kira dimana anda berada.


Tajuk yang ingin ana ulaskan pada hari ini adalah dai’e kah diri kita?

Dari pengetahuan cetek saya ini daie adalah seorang yang berusaha mendakwahkan orang lain dan juga matlamatnya adalah menyebarkan kefahaman islam yang seluas mungkin kepada semua orang dan dirinya serta matlamatnya yang utama adalah mencari keredhaan Allah.Kalau definisi ini salah tolong perbetulkan.Cuma kali ini ana ingin mengajak semua yang terlibat dalam lapangan dakwah ataupun lebih sinonim dikatakan sebagai daie untuk berfikir secara kritis dan kreatif adakah diri mad’u kita sahaja yang kita ingin dakwahkan bagaimana dengan diri kita selaku daie.


Sengaja ana mengulas tajuk ini untuk kita selaku dai’e agar sama sama mengkoreksi diri kita.(dai’e).Mungkin ada juga yang pernah menjadi naqib/naqibah atau apa sahaja gelaran semasa berada dalam lapangan ilmu cthnya halaqah,usrah,liqa’ atau sebagainya.Kita selalu menasihati adik adik jangan buat itu,tinggalkan perbuatan ini,buat benda ni ,buat benda tu.tetapi diri kita bagaimana?tepuk dada Tanya iman kita masing masing.


Cuba kita selidiki kembali apa yang kita lakukan.Ana menulis bukannya ingin menunding kepada sesiapa Cuma mahukan kita muhasabah semula.Ana teringat naqibah ana dulu ada berkata ada kemungkinan mungkin sikap diri kita meyebabkan apa yang kita sampaikan pada seseorang itu tidak mencapai objektif yang kita tujui pada diri seseorang itu.Kemudian ana fikir sedalam dalamnya apa yang Naqibah ana katakan ada benar juga .Ana percaya semua jawapan dan juga persoalan ada di dalam hati kita semua sejauhmana kita sebagai dai’e bertanggungjawab terhadap tarbiyah diri kita sendiri.Memang menjadi dai’e memang meletihkan dan sibuk ,tetapi jangan dilupa semua itu ujian bagi kita sebagai daie untuk mengotakan apa yang kita nasihati pada madu madu kita.Kerana setiap apa yang kita katakan pada orang lain baiknya kita lakukan dulu.Semak surah Muhammah ayat 4 dan 5 apa ertinya.ana bukannya yang layak untuk mengupas persoalan ini kerana masih banyak yang perlu ana pelajari kerana banyak lagi kelompang di dalam diri.tetapi sekadar perkongsian untuk di muhasabahkan dan juga peringatan pada diri ana juga.Sekian coretan yang tidak seberapa.Ana tinggalkan semua pembaca dengan sebuah puisi sama sama kita renungkan.


Dakwah ini lahirnya dari rasa cinta
Turun terus dari cinta Allah yang tak terhitung luasnya
Kemudian dari depaan cinta Rasul
Yang fikirnya tidak habis tentang keadaan ummahnya
Menitik air matanya, menitis darahnya
tidak pernah mintanya untuk dibendung

Maka kita selaku para daie
Pada ketika ini
Mewarisi cinta ini
Menerima pemberiaan ini
Mengalas tanggungjawab ini

Sebabnya cinta itu saling berkaitan
Bahagianya kita, tidak pernah rasa enak kalau hanya dinikmati sendiri
Maka datangnya para mad'u daripada insan-insan yang kita sayangi
Kerananya, kita sendiri inginkan mereka faham apa yang kita faham
Berfikir pun serupa, menangis dan ketawa pun sama sebabnya
Alangkah indahnya kalau dapat berlari dalam medan juang yang sama
Bukankah cinta dengan cinta itu saling menguatkan?

Kemudiannya, dari situ kita lihat fajar kekuatan
Pada para daie yang tak kenal erti penat lelah
Tidak pernah henti akalnya terus berfikir
Tidak pernah henti langkahnya terus melangkah

Tapi apa mereka fikir murabbi ini senyum sentiasa?
Pada cinta terselit cemburu
Maka disebalik gembiranya
Hatinya penuh rasa sakit
Jiwa penuh rasa derita

Terpaksa berkongsi kasih
Dipaksa berebut sayang
Dengan cinta dunia
Dengan kesibukan
Dengan main-main mad'unya

Lebih kecewa
Dai'e ini tidak punya utamanya
dia bukan kekasih mad'unya
dia bukan sahabat paling rapatnya
dia bukan kawan seronoknya

Bila tangan bertepuk tidak disambut
Maka di situlah hatinya menangis
Usahkan hendak bercakap
Bertemu pun umpama menunggu hujan sepanjang kemarau

Sungguh, terbit risau pada masa
dalam usaha mendidik menuntut masa
sedangkan masa itu tidak pernah baik dengan kita
perlu banyak masa lagi untuk mengenali
perlu banyak masa lagi untuk mempercayai

tiba-tiba sahaja kita telah terlambat
dan perlu banyak masa lagi untuk perbaiki semula

Kembali para daie pada Ilahi
pemilik cinta hakiki
Doa-doa yang tidak terhenti
Kerana hidayahi hanya Dia yang miliki



0 comments:

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails