Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog ana especially to adik adik puo....harap harap dalam keadaan sihat walafiat..demam final exam makin dekat so kepada semua harapnya bersedialah dalam menempuhi imtihan ini,belajar pun salah satu jihad...di sini ada ana gariskan beberapa amalan untuk menjadi pelajar cemerlang harapnya adik adik dapat mengambil sedikit sebanyak sebagai amalan....kalau tak boleh ikut semua jangan tinggal semua...biar sedikit amalan kita asalkan istiqamah,ikuti beberapa amalannya :
AMALAN PELAJAR CEMERLANG
1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.
Akhir kalam .....selamat menduduki final exam kepada adik adik exco kamsis dan Pssi dan juga kepada sesiapa sahaja,amalan ni elok jugak bagi mereka yang sudah bekerja.....
0 comments:
Post a Comment