BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Wednesday, January 6, 2010

KALIMAH ALLAH UJIAN ALLAH



Kalimah Allah,"Ujian Allah"
Tarikh : Wednesday, January 06 @ 02:29:59 PST
Topik : Analisis Isu


Cukup besar ujian dari Allah pada umat islam di Malaysia,dari sekecil-kecil isu,hinggalah sebesar-besarnya,isu wahabi,pentauliahan untuk berdakwah sehinggalah yang terkini penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian.Apa yang ingin diterjemahkan disini ialah hikmah di sebalik semua kejadian dan ketentuan ini.Kita dapat melihat disana-sini,rata-rata umat islam bangun memprotes penggunaan kalimah Allah ini, para ulamak pula mengeluarkan hujah masing-masing sama ada menyokong atau membantah.

Apakah hikmah disebalik semua ini?adakah kita bermuhasabah pada diri kita sendiri??kenapa musuh-musuh islam makin berani?Jawapan bagi semua isu-isu ini,adalah berpunca dari umat islam itu sendiri.Islam menjadi lemah,islam hanya pada nama sahaja,tiada semangat atau roh islam,Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w hanya dibaca dan bukan difahami dan di amal.Benarlah sabda Rasulullah s.a.w Dalam salah satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahwa nanti akan datang suatu masa yang menjadikan Islam seperti bara. Perlu daya tahan yang sangat kuat untuk menggenggam Islam. Padahal, pada masa itu umat Islam sangat banyak,tapi mereka tak berdaya seperti buih.Dan kita juga diingatkan bahawa di akhir zaman ini kita terbahagi kepada lebih 70 golongan dan satu golongan sahaja yang akan diredhai dan dimasukkan ke syurga.

Sudah sampai pada kemuncaknya apabila kalimah Allah sudah mula diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh agama lain selain dari islam,"Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah Hanyalah Islam” (Ali Imran: 19).Para alim ulamak di Malaysia seharusnya melihat secara lebih luas lagi bekenaan isu ini,seharusnya kita mencari punca kenapa umat islam diseluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya terus menerus dihina,ditindas secara kasar ataupun halus.Islam diperintah bukan memerintah walaupun kita melihat begitu ramai umat islam,begitu banyak masjid-masjid yang serba indah dan begitu kaya-rayanya orang islam itu.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah,umat islam di Malaysia dapat melihat sendiri,para alim ulamak yang hebat dengan ilmu mereka membuat kenyataan bersandarkan hujah masing-masing.Apa yang mendukacitakan disini,bukannya mahu mempertikaikan kebenaran hujah-hujah ulamak ini,tetapi kita boleh melihat disini,di kalangan alim ulamak sendiri pun tidak ada penyatuan dalam menangani isu ini.

Inilah waktu yang terbaik bagi para ulamak di Malaysia memperjuangkan dan menegakkan islam secara menyeluruh dan memperbaiki akhidah umat islam di malaysia.Tidak bolehkah mereka-mereka ini yang bergelar ulamak,membuat satu ketetapan,keputusan berdasarkan satu suara ulamak malaysia,ketepikan dahulu soal fahaman politik,soal kehebatan mengeluarkan hujah-hujah secara individu.Dalam kehidupan manusia pendapat majoriti seringkali lebih tepat dan sesuai. Oleh yang demikian walau macam mana pun rupa situasi percanggahan pendapat (dalam hal-ehwal Islam) tersebut, hendaklah diutamakan pendapat majoriti (jumhur) ulama terlebih dahulu dan lihatlah hujah yang ditampilkan atas terlontarnya pendapat tersebut. Adalah merupakan satu perbuatan yang ditegah dalam Islam untuk mengikut pendapat seseorang, selain kata-kata Rasullullah s.a.w, tanpa mengkaji sebab terhasilnya pendapat tersebut.

Dukacitanya hari ini kita telah melihat bagaimana sikap para ulamak yang tidak memikirkan akibat dan kesan apabila mereka mengeluarkan hujah-hujah secara individu.Ingin disarankan sekali lagi,buat para ulamak di Malaysia,bersatulah,demi islam tercinta,bersatulah dalam membuat setiap keputusan.Jika ulamak bersatu,mengeluarkan pandangan yang sebulat suara,dengan izin Allah,kita umat islam akan lebih dihormati dan digeruni oleh musuh-musuh islam dan tidak berlakulah perkara-perkara yang memalukan umat islam itu sendiri.Apa yang berlaku ini,adalah ketentuanNya,supaya kita bermuhasabah dan berlapang dada memikirkan secara bersama-sama untuk mencari punca,atau akar bagi kelemahan umat islam pada masa kini.

Kewujudan perbezaan-perbezaan pendapat di Malaysia hari ini,diharapkan dapat di selesaikan melalui jumhur ulamak,dengan menghimpunkan ulama-ulamak alim lagi arif tanpa mengira kepentingan duniawi dan meletakkan matlamat ISLAM paling tinggi bagi menyelesaikan segala isu umat islam Apa yang paling diharapkan ialah dengan adanya kesepakatan mahupun ketidaksepakatan dalam suatu perkara yang melibatkan percanggahan pendapat,diselesaikan melalui jumhur ulamak ini.Dalam situasi akhlak dan akhidah umat islam di Malaysia yang semakin tenat dan parah saban hari,inilah satu tindakan yang terbaik dan sudah pasti mendapat pertolongan dari Allah.Firman Allah(Ali-IMRAAN,103)"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai".Cohtohilah sistem khalifah.sesungguhnya perkara yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri,dan yang perkara yang baik itu dari Allah.Bersatulah ulamak,bersatulah umat islam.

dilemaduniaislam.blogspot.com

0 comments:

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails