
sumber Iluv islam
Posted by Sang perindu cinta ilahi at 6:05 AM
Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu
Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi
Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu
Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah
Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi
Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya
Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu
Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta
Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.
Saudara,
Kematianku adalah satu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurga-Nya bangga menerimaku,
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.
Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun disana, fajar sedang memancar
Saya Sang Perindu Cinta Ilahi boleh dihubungi untuk sebarang saranan, kritikan mahupun cadangan melalui email:
anna_alzahra@yahoo.com
Atau add saja saya di facebook
Segala kritikan mahupun cadangan amatlah dihargai untuk kebaikan bersama...Syukran Jazilan
0 comments:
Post a Comment