BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Wednesday, August 5, 2009

HADAF TARBIYYAH ISLAMIAH / VISI TARBIYYAH ISLAMIAH

Secara umumnya ada 5 hadaf yang perlu difahami;

1) Ibadah kepada Allah
”..Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah aku..”- Azzuriat:56
2) Menjadi Khilafah Di Muka Bumi
”..Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi..”- al Baqarah:30
3) Berkenal-kenalan Sesama Manusia di Muka Bumi
”..Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbagai bangsa dan qabilah supaya kamu dapat berkenal-kenalan..”- al Hujurat:13
4) Memimpin Dunia Dan Berkuasa ke Atasnya
”..Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan orang-orang yang beramal soleh bahawa suatu hari nanti mereka akan memimpin dan berkuasa di muka bumi sebagaimana Allah telah menjadikan orang-orang sebelum mereka, berkuasa di muka bumi. Dan sesungguhnya Allah akan meneguhkan bagi mereka agama yang diredhainya..seterusnya Allah akan mengubah keadaan takut mereka menjadi aman.Mereka tetap menyembah aku dan tidak mempersekutui ku. Dan barang siapa yang kafir/ tidak percaya dengan janji-janji Allah mereka itulah orang-orang yang fasik..” - an Nur:55
5) Menjadikan Syariah Sebagai Sumber Perundangan
”..Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan jangan kamu menurut hawa nafsu mereka..” - al Maidah:49
”..Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat/ peraturan
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui..” al Jaasthiah:18

Seorang pendakwah perlu memulakan usaha tarbiyyahnya dengan menumpukan persoalan tauhid atau aqidah. Manusia mesti ditarbiyyah agar mereka bertukar daripada seorang yang kufur kepada seseorang yang beriman. Hari ini Muslim sering berhubung dengan orang-orang bukan Islam atas tujuan perniagaan semata-mata. Muslim gagal memahami peranan ini sehingga akhirnya Muslim bersifat prejudis terhadap agama sendiri dan mengakui kehebatan agama mereka. Inilah antara sebab mengapa muslim mudah dijajah.

Langkah seterusnya, seorang pendakwah perlu menerangkan hakikat bahawa Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi dan mereka tidak boleh melepaskan kerja-kerja memakmurkan bumi ini ke tangan jin atau syaitan atu kuncu-kuncunya.

Berapa ramai di kalangan manusia menjadikan syaitan sebagai khalifah pelindungnya, harta sebagai khalifah kesenangannya, kafir sebagai khalifah keselamatannya dan dari sinilah kewajaran untuk merampas kuasa daripada tangan toghut atau merubah kepimpinan toghut kepada kepimpinan Islam. Maka tidak timbul soal gila pangkat bahkan inilah sebahagian taklifan yang perlu dibereskan.

Malah, sekiranya tiada kerja-kerja ini dalam suasana memiliki kemampuan dan kefahaman maka ianya dianggap berdosa.
Telah kita sebutkan dahulu bahawa pendakwah perlu berminat dengan manusia. Seluruh manusia yang pelbagai jenis di muka bumi ini perlu didekati dan perlu dikenali serta perlunya ada ikatan hubungan kemanusiaan. Islam untuk semua bangsa dan kaum dan tidak sama seperti agama Yahudi/ Kristian yang hanya untuk bangsa Yahudi/ Kristian sahaja. Hari ini mereka kelihatan cuba melawan ketetapan ini lalu munculah gerakan-gerakan Kristianisasi sedunia.

Mereka mempunyai cita-cita untuk mengkristiankan seluruh penduduk dunia ini. Adakah muslim yang sedari awal lagi menerima taklifan ini cukup sekadar berpuas hati dengan sanak-saudara yang sudah beriman.

Pendakwah perlu menyatakan bahawa manusia mukmin perlu mengetuai kelompok sekitarnya serta perlu mengepalai masyarakat sekelilingnya bahkan manusia mukmin mesti ada misi dan visi utk merajai dunia / order baru dunia. Jadi di sinilah kewajaran ungkapan yang menyatakan " Islam Ya'lu Wala Yu'la 'alaih ". Peranan ini mesti diperkukuhkan. Ini adalah janji Allah, keputusan dari Allah dan ini adalah pilihan dari Allah.Allah memilih orang-orang mukmin dan yang beramal soleh untuk memimpin bumi ini. Ketetapan ini pasti akan tiba akan tetapi ramai yang masih sangsi akan janji-janji ini dan mereka terus bersikap prejudis terhadap agama sendiri. Mereka sanggup menokok tambah apa yang telah sempurna. Hayatilah sirah hijrah Baginda ke Madinah kerana ia punya kaitan yang rapat dalam persoalan ini.

Apabila Islam sudah berkuasa maka bermulalah perlaksanaan hukum-hukum Islam yang lain secara serius. Segala dustur kerja pentadbiran mesti berlandaskan syariat dan perlembagaan tertinggi iaitu al Quran dan Sunnah. Hadaf ini adalah hadaf terbesar daripada lima-lima hadaf tadi. Pendek kata sekiranya hadaf besar ini tercapai, empat hadaf yang berbaki akan mudah terlaksana dengan sempurna. Apabila syariat menjadi dustur atau perlembagaan tertinggi manusia seluruhnya maka apa jua jenis latar belakangnya serta siapa jua jenis bangsa dan keturunannya iannya akan berada di bawah payung keamanan Penciptanya. Adapun kegagalan seorang pendakwah memahami konsep Visi Tarbiyyah Islamiah di atas akan mengheret mereka kelembah futur dalam perjuangan dan yang sangat dibimbangkan mereka akan terjun ke lembah toghut dan kuncu-kuncunya. WAllahua'lam

0 comments:

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails