Majalah Solusi (isu 19) : page 11
Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Rasulullah s.aw bersabda yang bermaksud : "Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah" (muttafaqun alaih). Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah).
Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khaliq.
Rasululah s.a.w : Allah s.w.t berfirman : "Aku bahagikan solat antaraku dan hambaku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya.. ."
_______
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (1:1)
Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (1:2)
Khaliq: Hamba-Ku telah mengingati-Ku
Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1:3)
Khaliq: Hamba-Ku telah memuji-Ku
Hamba: Yang Menguasai pada hari pembalasan (1:4)
Khaliq: Hamba-Ku telah mengagungkanku
Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya Engkaulah kami meminta pertolongan (1:5)
Khaliq: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku
Hamba: Tunjukilah kami jalan yang lurus (1:6)
Khaliq: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta
Hamba: (Iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (1:7) Khaliq: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta
(H.R Muslim,al-Tirmizi, dan al-Nasai)
0 comments:
Post a Comment