BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Monday, December 7, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASUL





"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wednesday, December 2, 2009

SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM ADIK ADIKKU DI PUO



Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada pengunjung blog ana especially to adik adik puo....harap harap dalam keadaan sihat walafiat..demam final exam makin dekat so kepada semua harapnya bersedialah dalam menempuhi imtihan ini,belajar pun salah satu jihad...di sini ada ana gariskan beberapa amalan untuk menjadi pelajar cemerlang harapnya adik adik dapat mengambil sedikit sebanyak sebagai amalan....kalau tak boleh ikut semua jangan tinggal semua...biar sedikit amalan kita asalkan istiqamah,ikuti beberapa amalannya :










AMALAN PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.


Akhir kalam .....selamat menduduki final exam kepada adik adik exco kamsis dan Pssi dan juga kepada sesiapa sahaja,amalan ni elok jugak bagi mereka yang sudah bekerja.....

INSPIRASIKU : TARIK NAFASMU SEDALAM DALAMNYA


Salam persaudaraan! Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian duduk diam seketika, atau mungkin boleh saja kau pejamkan mata. Gelap! Dalam keadaan gelap-gelita itulah kau cuba nyalakan cahaya, atau dalam keadaan begitu kau bergerak saja menggunakan mata hati, kerana mata hati sebenarnya mampu menembusi apa saja. Apa yang kita ingini dalam hidup ini sebenarnya? Hidup dan kehidupan bagaimana yang kita dambakan? Jawapan mudahnya, semua orang mahu senang! Mahu apa saja yang diingininya, apa saja yang diidamkan dan diimpikannya dapat dipenuhi tanpa bersusah-payah. Tarik nafasmu dalam-dalam dan pejamkan mata! Dalam kegelapan itu kau tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kehidupan yang sebegitu mudah? Kau mungkin ingin sekali memberikan jawapan 'YA', atas dasar apa yang kau lihat di sekelilingmu. Benarkah apa yang kau lihat itu sebagai sebuah realiti? Atau ia hanya sebuah bayangan indah yang telah mengaburi pandangan matamu, yang mengelabui mata hatimu? Kau pasti akan termenung seketika kerana celaru mencari jawapan hakiki. Lalu kau akan berada buat beberapa ketika dalam lingkungan dunia tak pasti. Kau ingin hidup bahagia, dengan memiliki segala apa yang indah, yang sempat singgah di mindamu. Soalan mudah - Siapa yang tak ingin kehidupan begitu? Rasanya tak ada seorang pun yang mahu menolak kehidupan mewah, kerana kita sekalian hamba ini memang sentiasa bernafsu dan berselera untuk bersenang-lenang. Bagaimana pun, nasib di antara kita sekalian hamba ini tidak sama. Takdir untuk kita setiap hamba ini tak serupa. Kerana, Maha Pencipta itu Maha Mengetahui tentang apa yang dicipta-Nya. Maha Mengetahui tentang segala sebab dan akibat terhadap kita sekalian hamba ini. Hanya kita hamba ini saja yang tidak berapa mahu ambil tahu, walaupun telah diberitahu tentang segala apa yang patut diketahui. Kenapa nasibku begini? Malang sunyi, sentiasa dilanda kecewa dan Ahh, sebuah keluhan dilepaskan. Adakah ini bunyi sebuah keluhan seorang hamba yang tak pandai bersyukur? Adakah ini keluh-kesah seorang hamba yang putus asa dengan hidupnya? Adakah ini rintihan dan ratapan seorang hamba yang tidak redha terhadap ketentuan Maha Pencipta? Segalanya mungkin, dan kemungkinannya juga ungkapan seperti ini pernah kita lafazkan! Soalnya kenapa? Jawabnya, kerana apa kita hamba ini diciptakan oleh Maha Pencipta. Kita sekalian hamba ini boleh saja melontarkan sejuta satu persoalan, tapi sedarkah kita bahawa segala jawapan telahpun tersedia. Cuma, kita hamba ini saja yang buta! Yang melihat dengan mata, tapi tak nampak satu apa benda! Kita hamba ini mahukan bahagia sepanjang masa, tapi kenapa pula dihadiahkan dengan derita? Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata apabila kau menyedari bahawa ketika ini kau berdiri di atas muka bumi yang tiada kekalnya, maka kau akan mampu mencari jawapannya. Kita sekalian hamba ini dihantar menghuni dunia untuk diduga. Maha Pencipta sudah berjanji tentang imbuhan-imbuhan yang akan diberi-Nya. Namun, percumakah segalanya? Kita harus buktikan kesetiaan, kita harus tunjuk sifat kehambaan kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa. Hidup dan kehidupan ini sering kita gambarkan sebagai indah. Tahukah kau bagaimana keindahan sebenar dalam hidup dan kehidupan ini? Cukupkah kau gambarkannya dengan memiliki harta menimbun sebagai hidup yang indah? Bukan! Bukan itu dan bukan di situ indahnya! Sesuatu yang indah mesti seimbang dan mempunyai imbangan - Ada Pro ada Kontra. Makanya, kehidupan yang indah adalah apabila kebahagian itu disulami dengan derita - sebagai sebuah sentuhan hikmat agar kita tak alpha untuk selamanya. Kita perlu merasa duka setelah kita diberi kegembiraan - Agar kita tak terus ketawa sampai tak ingat dunia! Bukankah dalam hidup dan kehidupan ini segalanya berpasang-pasangan? Jadi, keindahan dalam hidup itu berlaku apabila kita mampu melengkapkan setiap pasangannya. Namun, hakikat kita hamba ini lain benar mahunya. Mahu senang, mahu ketawa, mahu gembira sepanjang masa! Jika begitu yang sering kau fikirkan, tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata. Pertama-tama, ingatlah bahawa kau kini berpijak di alam fana bukannya di syurga! Kehidupan alam fana inilah nanti yang menentukan kehidupan kekalmu. Untuk kesekian kalinya tarik nafasmu dalam-dalam sebelum nanti kau tidak akan bernafas lagi, kemudian pejamkan matamu rapat-rapat sebelum ia terpejam selamanya lalu, tidakkah kau syukuri dengan apa yang telah diberi-Nya selama ini? Jangan kau ratapi nasib sendiri, Jangan kau tangisi kehilangan yang dialami, Syukur atas apa yang diberi, Redha dengan apa anugerah ilahi.

Monday, November 30, 2009

AMARAN BUAT AN-NISA'


AMARAN BUATMU NISSA', Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia, Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka, sembilan nafsumu sentiasa bersama, dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa.. NISSA, Tutuplah auratmu sepanjang masa, Tiada indahnya pandangan di mata, Kecuali pada nafsu yang membara, Pakaian mu hendaklah sempurna, Tidak nipis dan mencolok mata, Bebas najis suci sentiasa, Azab kubur neraka selamat selamanya, Hasanah akhirnya kau kecapi jua,

amaran buatmu nissa'
NISSA, Jagalah tuturmu kepada ibu dan bapa, Dirimu ditatang dan dimanja, Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka, Yang diberikan kepadamu tanpa mengharapkan balasan jasa, Hanya mereka inginkan kamu Menjadi insan solehah berjaya, Taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, Mengharapkan doamu di kala mereka tiada didunia, Mengharapkan belasmu didunia, agar mereka terlepas azab yang menyeksa

Saturday, November 28, 2009

MEMAKNAKAN AIDILADHA DALAM HATI


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pengunjung sekalian. Bersyukur ke hadrat Allat swt kerana kita masih diberikan kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk terus bertebaran di muka bumi ini. Sentiasalah mengambil iktibar daripada peristiwa-pertistiwa insan yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga hati-hati kita sentiasa bersedia untuk menyusul mereka kelak. Rehat yang pasti di alam kubur sana. Soalnya `rehat` dalam bahagia ataupun terseksa?


Erti Hari Raya Aidiladha

Apa agaknya erti Hari Raya Qurban buat setiap daripada kita? Jika soalan ini diajukan kepada anda yang membaca. Apakah jawapan yang bakal diberi?

"Menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim".

"Menghayati erti berkorban".

Pasti banyak jawapan yang akan diberikan secara spontan.

Saya menyoal lagi, apakah jawapan ini datang dari hati? Apakah jawapan ini merupakan pandangan dan pemerhatian kita sendiri (berasaskan Islam pastinya). Mungkinkah jawapan ini hasil daripada copy-paste daripada seseorang?

Bukanlah ingin saya mengatakan salah untuk menjawab menggunakan pendapat ustaz ataupun ustazah yang memberikan pengertian Hari Raya Qurban. Jauh sekali saya ingin menyatakan maklumat di majalah serta buku-buku agama itu salah. Cuma, saya suka untuk membawa semangat carilah jawapan dari dalam hati.


Mencari Erti Dari Dalam Hati

"Jangan banyak bertanya. Boleh sesat".

Satu ayat yang pernah singgah dalam hidup saya. Mencari itu sesat? I listened.

Namun selepas suatu ketika, semakin mengenal Islam, semakin saya memahami erti pencarian. Hidup sebagai seorang Muslim ini perlu penuh pencarian. Pencarian sepanjang kehidupan! Proses pencarian itu melibatkan berfikir dan bertanya. Tidak dapat tidak. Membawa dimensi baru dalam pemikiran bahawa mencari agar tidak sesat. Ertinya, tidak mencari lebih menyesatkan!

Berbalik kepada erti Hari Raya Aidiladha. Sememangnya digalakkan untuk kita membaca artikel berkaitan dengannya. Tidak membaca boleh membawa sesat juga. Taklid buta. Cumanya, saya ingin membawa semangat, nilailah kembali hasil bacaan. Fikirkan dan simpulkan. Kita semua pernah belajar membuat kesimpulan dalam matapelajaran Bahasa Melayu bukan? Mudah sahaja right?

Carilah erti agar kita akhirnya mempunyai satu pandangan dan jawapan yang tersendiri. Erti Hari Raya Qurban yang lahir daripada hati.

Setiap daripada kita berbeza. Punya kisah yang berbeza. Ambillah iktibar daripada peristiwa Qurban untuk disesuaikan dengan kisah kehidupan kita. Apakah pengorbanan yang ingin kita lakukan?

Mungkin ini membantu kita menjawab erti Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini. Ambillah masa sekejap untuk berfikir dan mencari jawapan. Jawapan itu ada di dalam hati. Jujur pada diri. Berdoalah tatkala mencari, Allah mendengarnya.

Justeru, Saya bertanya sekali lagi pada pemilik hati-hati yang membaca.

"Apakah erti Hari Raya Aidiladha buat anda?"

Ambil masa, tanya pada diri, berfikir dengan tenang, selamilah hati. InsyaAllah, jika bukan saat ini, pasti akan bertemu jawapannya. Syaratnya perlu teruskan mencari.

Seruan saya, marilah memaknakan Hari Raya Aidiladha. Mencari erti dengan mata hati. Mencari erti dengan sabar dan solat.

Saturday, November 21, 2009

MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

Monday, November 16, 2009

A Dream of Muslimah

I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.

For the two hours journey, I couldnt sleep even once. There was too much on my mind. I was born as a Muslim. And I didn‘t pray five times a day like everybody else. I hardly could read the Quran. People could say I was illiterate in a way. Because at times, it took me a long while to finish even a short verse from the Quran. It was in Arabic and I was never taught Arabic, that was my excuse of not reading. I thought as long as you have a good heart that‘s good enough. And if you don’t commit huge sins, you’ll be fine. But what she said, made my whole perspective looked, vain.

I was from London and on my way back home to the North West region. My heart wasn’t at ease. What she said had made me thinking, and I was thinking real hard. She was a nice girl. ‘Be a true Muslim, and not just a Muslim by name,’ she said politely with a smile, but the meaning was intense. She was merely quoting and was not saying it to me but my heart was touched. What kind of Muslim, had I been all these while? I don’t want to be a Muslim and only by name. It doesn’t sound good either. As the train moved, heading to North West where I lived, I let out few sighs.

Few months after later.. ‘Bismillahi Rahmani Rahim..,’ I read out loud before starting to read the Quran. My web-cam was on. That night We were in the middle of Quranic circle. It’s an activity that we do once a week. Through this circle, we read the Quran in turns. All were ladies. Sometimes we get to discussed about the meaning behind the Quran verses and some Hadith from Rasulullah. It was amazingly fun and I never thought I would actually had fun doing religious activity. I was very thankful to Siti and her older sister because now I can read the Quran much better. And since then, I keep on gradually changing, I realised. How I view life has changed too, a bit if not much.

At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. Of course that’s still remain as a wish and I hope it’ll come true one day. My life is never this calm! I now wear headscarf everywhere I go. It doesn’t feel right without it. Sometimes that leads to guilt, when people sees my hair. So I wear headscarf whenever I go out. My social activity especially when interacting with men has also changed. I used to be friendly and outgoing, even with the opposite gender. Now I feel sort of afraid. Sometimes I limit myself from being too ‘friendly’ with men. Sometimes, I think twice before I talked to them. Is it necessary or not to talk now? Because Women can be a fitnah to men, I don’t want to build up sins.

I used to look for a romantic boyfriend before. I searched high and low but funny that I never really had a boyfriend until now. I used to ask why? The question is why. Because I’m not unpretty. But now I understand the reason behind. Having a romantic relationship outside marriage can lead to something that breaks the law of Syariah. All praise to Allah, I’m glad I never had boyfriends before. I’m not worried if I don’t find a guy any sooner. I’m not looking for a relationship anymore. And definitely not looking for someone based on how romantic he is. I’m going with the flow, after all everything about humans has been written. I want to fix myself first.

I read somewhere about ‘Mencintai kerana Allah’ or ’Loving you because of God’. It was a nice Malay blog entry. I am aiming for that kind of love now. It sounds more pure than romantic love, to me.

‘What’s your dream guy like?’ a friend asked me one day while we ride on a taxi.

I didn’t replied him immediately though, ‘and have you found him?’ he added quickly.

‘Why do you want to know’ I politely asked with a smile.

‘Well, only asking,’ he replied calmly. Then there were silent. The road was wet due to the rain. It was soon before the taxi reached my home.

‘Was he like me?’ he then added. He was hinting something, I knew. I’ve been waiting for this moment all this year. And this could be a dream come true, but..

‘My dream guy is,’ I began ‘Someone who can guide me, you know, he leads and I follow,’ Then I paused.

‘I can be the guy,’ He said confidently.

There was silence again, a long one. The taxi finally reached my home. I said goodbyes to him and walked to my front door. I wave before the taxi accelerated again. He smiled to me even though I didn’t gave him the answer. He was a nice guy but he couldn‘t be the guy. Because…

I want to live with a guy who could guide me, so that I can get closer to My Creator. I want a man who can lead as an Imam, in every prayers that we’re gonna do together as married couple. A man who would tell Islamic history as a bed-time-stories to our children in the future. I want a man who’ll read the holly Quran to me, to cheer me every time I’m down. That is my dream guy and before I can meet him, I knew I need to fix myself first.

One beautiful spring afternoon, I was at a function. There were many Malays all gathered. That’s when I met him. He’s not just decent but he has the characteristic of my dream guy. Every time our eyes met accidentally during the event, he quickly moved away his stare. That convinced me, even more. I knew he’ll be a good amir, a leader of a family. Secretly I prayed: O‘ Allah, I want that kind of guy as a partner in life. At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. I want to go to Jannah (the heaven) with him! I’ll wait here and I know the wait is worthy.

editor = nur afzan

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails