BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Monday, February 2, 2009

Anak Luar Nikah.. Episod Sedih Masyarakat Kita

Seorang ramaja wanita mengadu sakit perut. ‘Mungkin gastrik agaknya’, duga ibubapanya. Apabila pemeriksaan kesihatan dilakukan gastrik yang disangka, rupanya ada bayi dalam kandungan.

Ini hanyalah satu gambaran kes yang mungkin biasa dijumpai di klinik dan hospital negara kita. Ini bukan lagi carita nadir dalam masyarakat negara kita.

Tidak sampai 2 bulan di bahagian sakit puan sebuah hospital, seorang teman saya telah temui banyak kes kelahiran luar nikah. Ceritanya lagi pesakit termuda yang pernah beliau temui berumur 15 tahun. Akhirnya diijabkabulkan dengan pasangan lelakinya yang berusia 19 tahun.


Cerita teman saya lagi, apa yang menyedihkan ialah bila melihat ada remaja sebegini yang hadir daripada kalangan yang ibubapa mereka tergolong daripada kalangan mereka yang baik-baik.

Aibnya bukan ditanggung seorang diri, ibubapa terpalit sama.

Juga sejarah hitam buat bayi yang tidak sedikit pun bersalah dan berdosa.

‘Habis anta tak tampar ke?’ tanya saya secara berseloroh.

‘Setakat marah je la, nak tampar kena saman pulak kita’, responnya menerusi yahoo messenger.

Saya mula berfikir, bagaimanakah cara terbaik bila berhadapan dengan kes sedemikian yang kemungkinan besarnya akan saya temui bila bertugas nanti. Cara terbaik untuk merawat kegawatan akhlak masyarakat islam di negara kita.

Agaknya apa tindakan anda? Berikan pandangan anda sebagai perkongsian bersama, mana tahu ada gunanya untuk saya kelak.


Unsur meruntuh jiwa yang melata.

Apabila Pengerusi Halehwal Wanitanya (HEWI) PKPIM, saudari Munirah Bahari daripada mencadangkan agar baju kurang pelajar sekolah yang sedikt nipis ditukar atau ditangani dengan pakaian dalam atau tudung labuh, ramai yang mula menyerang cadangan sebegini. PKPIM dicerca.

Idea dan cadangan yang bertujuan untuk mengurangkan gangguan seksual yang melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dinilai dengan emosi tanpa mengkaji munasabahnya.

Baju nipis, pakaian ketat, rambut yang terurai pastinya menjadi satu tarikan kepada lelaki. Ianya boleh menjadi pemangkin kepada gangguan seksual. Lebih teruk lagi rogol, atau zina dengan rela.

Sikap masyarakat dalam berpakaian pada saya merupakan salah satu penyumbang kepada kes-kes zina dan anak luar nikah. Ianya mukaddimah kepada terangsangnya syahwat.

Apabila ada suara hadir untuk menangani hal sebegini, hanya respon negatif banyak yang kedengaran. Seolah-oleh merelakan gangguan seksual terhadap wanita demi mempertahankan hak wanita dalam berpakaian.

Baju kurung sememangnya menutup aurat, tapi sekiranya kain yang digunakan jarang dan nipis aurat masih dikira tidak ditutup. Syariat masih belum tertunai seratus peratus.

Respon segera yang bersifat negatif terhadap cadangan PKPIM ini sangat menyedihkan saya. Hari ke hari kita berhadapan dengan suasana dalam negara yang bersifat meruntuh bukan membina jiwa. Justeru tidak hairan sekiranya kes-kes anak luar nikah, terlanjur dan sebagainya turut melibatkan remaja telah mendapat didikan sempurna daripada ibubapa. Anak ustaz-ustazah, pak iman dan pak lebai turut dalam bahaya.

Kita sewajarnya mulai bimbang apa nasib generasi mendatang. Nasib anak-anak kita, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan negara.

Sabda nabi saw : Apabila zahirnya zina dalam sebuah kampung, sesungguhnya mereka (ahli kawasan tersebut) telah menghalalkan bagi diri mereka azab Allah. (Riwayat a-Tabrani)

Bertudung atau Berfesyen?

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.




Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Sekian, wassalam.

BILA DAH HABIS BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah,dipanjatkan sejuta kesyukuran kehadrat Allah subhanahuwata'ala dapat lagi ana mencoretkan sedikit tinta untuk dikongsikan bersama.

Bila belajar nak sangat habis belajar,bila dah habis belajar teringin nak belajar balik,itu la realitinya,
tapi ana harus menerima hakikat ana sudah tamat pengajian di POLITEKNIK UNGKU OMAR dan insyallah diizinkan oleh Allah ana akan menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi lagi.Namun kerinduan berada,bekerja,bergerak bersama rakan rakan ke 'meting',program progran dan lain lain masih lagi segar dalam ingatan.

Tak sampai seminggu rasanya ana berada di rumah kampung hati dah teringat kembali ke kampus,tapi diri ini harus diingatkan bahawa banyak lagi tanggungjawab yang harus di galas,family,kewajipan mengamalkan amal makruf nahi mungkar dan sebagainya.

OK NANTIKAN SAMBUNGANNYA......SETAKAT NI JE DULU


ok hari ni 3 hb febuari 2009

Monday, January 12, 2009

SOAL JAWAB ASSYURA

1. BILAKAH ASSYURA
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 9 Muharram.*

Pendapat kedua
: Jumhur Fuqaha‘ berpendapat ‘Asyura‘ adalah pada 10 Muharram.2. Bila Sunnah Puasa?* Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.* Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari ‘Asyura‘).* Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.* Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.* Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?* Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).* Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada ‘Asyura‘) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?* Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya. (Riwayat Muslim dan Abu daud)* Membezakan dengan amalan orang Yahudi.* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.* Termasuk bulan-bulan haram.* Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha‘.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?* Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari ‘Asyura‘.* Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari ‘Asyura‘?Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.** Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari ‘Asyura‘?Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul ‘Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?Ada.
Do'a dibaca pada hari 'Asyura‘

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi’ah pada hari ‘Asyura‘ meratapi pemergian Sayidina Husin?Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah).”Wallahu A’lam

Saturday, January 10, 2009

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA


ASSALAMUALAIKUM....

ALHAMDULILLAH dengan rahmat ALLAH dapat lagi ana hidup di dunia ini dan masih lagi menaip di keyboard ini,minta maaf bagi semua yang melayari blog ana,agak lama tidak terupdate memang akui agak busy dengan urusan study dan kerja kerja lain.harap dimaafkan.


Terlebih dahulu ucapan sekalung tahniah kepada semua yang dipilih oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran ke POLITEKNIK UNGKU OMAR .Anda seharusnya bersyukur diberi peluang ini oleh Allah dan diharapkan dapat dimanfaatkan peluang tersebut.aApabila diri sudah digelarkan sebagai mahasiswa tanggungjawab,sikap,watak hendaklah mencerminkan diri sebagai mahasiswa bukan lagi kanak kanak dibangku sekolah,pelajar dibangku sekolah menengah.Perubahan yang positif harus dilakukan.Pemikiran harus lebih open minded tetapi harus diingtkan haruslah berlandaskan Alquran & Assunah,pergaulan,percakapan harus berubah tetapi masih juga berpandukan syariat yang telah digariskan.Hal ini penting kerana Mahasiswa merupakan asset kemajuan sesebuah negara,Mahasiswa adalah bakal pemimimpin negara.Tidakkah anada berasa bersalah jika pada suatu hari nanti kita siswa siswi digelar bohsia,bohjan,kaki judi,kaki arak.raja segala maksiat dan banyak lagi gejala yang tidak baik.


Kita akui hal ini memang sudah terjadi di kebanyakan negara akibat sikap mahasiswa yang tidak mencerminkan identiti tetapi harapan demi harapan diberikan juga kepada mahasiswa kerana mahasiswa dikenali sebagai golongan intelektual,cendiakawan dan sebagainya.Oleh itu,pada coretan ana yang ringkas ini ana mengajak diri ana dan anda semua lakukanlah perubahan yang positif pada diri demi agama,bangsa dan negara.hidupkan balik sikap mencontohi Rasulluah,jadikan Alquran sebagai bacaan harian,solat sebagai senaman yang paling baik dan ALLAH sebagai penguasa utama untuk diri kita.Jika kita mengikut apa yang tercatat di dalam Alquran dan menghindarkan diri dari benda yang doilarang oleh Allah.Insyallah rahmat Allah sentiasa bersama kita.Kerana Allah tidak pernah surut memberikan rahmat Allah pada HambaNya tetapi hambanya sahaja yang sering lalai dengan rahmat Allah tidak bersyukur.Akhir kalam selamat menenpuhi Alam Mahasiswa dan perjuangan menegakkan Islam.

Friday, January 9, 2009

Israel Makin Cemaskan Kemungkinan Konfrontasi dengan Hamas


Infopalestina: Militer Israel meningkatkan kesiapan pasukannya di perbatasan dengan Jalur Gaza dan membatalkan liburan menyusul pengumuman gerakan Hamas tentang berakhirnya gencatan senjata. Radio Israel menyebutkan Israel telah menyampaikan pesan kepada faksi-faksi perlawanan Palestina yang intinya bahwa pihaknya tidak berkepentingan dengan berakhirnya gencatan senjata namun akan membalas dengan garang atas pelanggaran apapun.
Seperti dilaporan televisi Israel, 20/12/2008, sumber-sumber Israel memprediksi 3 alternatif kemungkinan untuk babak setelah berakhirnya gencatan senjata. Yang pertama adalah mengembalikan secara bertahap Hamas dan faksi-faksi Palestina lainnya kepada gencatan yang tidak diumumkan secara resmi, yaitu upaya Palestina untuk menerapkan gencatan senjata pada batas minimal. Yang kedua upaya Palestina untuk menerapkan gencatan minus yang membatasi Israel melakukan respon terbatas atas serangan roket terbatas setiap harinya. Dan yang ketiga eskalasi menyeluruh dan balasan Israel secara keras atas serangan roket-roket Palestina.
Harian Israel Ha’aretz menyebutkan bahwa Israel berkepentingan dengan penghentian menyeluruh serangan senjata yang dimaksudkan untuk merealisasikan alternatif pertama dan tidak tergesa-gesa melakukan aksi serangan balasan. Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak yang didukung sejumlah perwira senior Israel dan para petinggi dinas keamanan, lebih mengutamakan agar masyarakat internasional menimpakan tanggung jawab pada gerakan Hamas atas terjadinya eskalasi apapun.
Televisi Israel mengungkap tentang bentuk-bentuk baru latihan yang diterapkan pada serdadu Israel, terutama dalam senjata canggih dan cara-cara baru yang akan dilakukan selama melakukan penyerbuan spontas ke Jalur Gaza.
Sesuai dengan laporan yang direkam televisi Israel saat salah seorang wartawan menyertai bersama (pasukan engineering) Israel, nampak bahwa para serdadu Israel telah selesai melakukan latihan khusus yang berlangsung selama 16 bulan untuk tugas ini. Bahkan mereka melakukan pesta saat mengakhiri latihan berat dan intensif ini.
Perang terowongan, atau sarana baru untuk mengempur terowongan-terowongan dan meledakkannya adalah tema laporan televise Israel. Laporan ini memuat rincian penting tentang bentuk latihan Israel dan bagaimana perencanaan Israel untuk menyerbu 600 terowongan yang bisa jadi di bawah tanah Jalur Gaza.
Menurut laporan ini, di sana ada banyak jenis terowongan (terowongan untuk penyelundupan barang, terowongan untuk penyelundupan senjata, terowongan untuk penyelundipan bahan peledak, terowongan untuk bersembunyi, terowongan untuk melakukan penculikan dan yang lainnya). Dan pembicaraan berkisar tentang puluhan kilometer terowongan yang membentang dengan berbagai bentuk dan kedalaman di bawah tanah.
Kesatuan khusus dari (Pasukan Engineering) Israel yang diberi tugas bernama (Yahlom) yang artinya adalah esensi, adalah kesatuan yang akan melaksanakan tugas melapangkan penguasaan atas terowongan-terowongan melalui sejumlah jalan di antaranya adalah peledakkan.
Dalam pada itu Menteri Infrastruktur Israel Benyamen Ben Eliezer dalam pidato di depan Forum Pendagangan Industri di Tel Aviv, yang dilaksanakan Jum’at lalu, mengecam aksi militer meluas yang rencanakan akan dilaksanakan di Jalur Gaza dengan alasan menghentikan serangan dari Jalur Gaza. Ben Eliezer menilai aksi semacam ini hanya membantu Ehud Barak dalam proses pemilu internal.
Dia mengatakan, bagi Israel gencatan senjata sudah berakhir. Militer Israel akan berbuat dengan segenap kekuatan menghentikan serangan senjata dari Jalur Gaza. Ben Eliezer menambahkan, “Rakyat Palestina, yang harus membayar dengan harga mahal akibat pimpinannya, harus mengetahui bahwasanya tidak ada yang namanya separo gencatan.”
Dia menambahkan dirinya masih berpegang teguh pada sikapnya bahwa berakhirnya gencatan senjata lebih baik bagi Israel. Dia mengatakan militer telah menyibukkan diri selama gencatan demi melakukan persiapan kembali. Menurutnya, militer Israel tidak lebih siap dari sebelumnya. Dan pada saat terpaksa masuk ke Jalur Gaza maka militer akan melakukannya dengan lebih baik.
Sebuah laporan yang dilansir harian Israel Ha’aretz menegaskan bahwa menyusul pengumuman berakhirnya gencatan senjata maka terjadi kepanikan di permukiman Yahudi Sedirot. Nampak di jalan-jalan permukiman sepi dari lalu lalang orang dan kendaraan. Kafe-kafe menutup pintu-pintu mereka. Sejumlah besar penduduk berinisiatif meninggalkan kota Sedirot.
Laporan ini mengutip dari salah seorang warga Israel yang mengatakan dia lari meninggalkan Sedirot ke utara. Di bersama istri dan keempat anaknya terpaksa melakukan itu karena takut kondisi di kota Sedirot. Dia menambahkan tidak memiliki kesiapan untuk menghadapi bahaya. Dia bertekad akan tetap tinggal di utara selama kondisi di Siderot masih seperti itu.Seorang warga Israel lainnya yang dikutip Ha’aretz mengatakan dirinya jauh lebih percaya pada gerakan Hamas dari pemerintah Israel yang disebutnya takut masuk ke Jalur Gaza, sementara penduduk yang membayar harganya. (seto)

JANGAN MERAJUK WAHAI DAIE


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa... Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah... Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya Sembahlah Allah Yang Maha Esa Tinggallah berhala yang tidak bernyawa Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima Nabi diejek dan Nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci walau dihina Akhirnya Nabi merasa hampaUmatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri Kapal pedagang Baginda menumpang Membawa diri ke rantau orang Malangnya laut bergelombang Hampir karam ditengah lautan Bila diundi Nabi merelakan Terjun ke laut penuh bergelora Baginda ditelan ke perut Ikan Nun Gelap gelita tidak terkira Sedarlah baginda akan silapnya Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa Menangislah Nabi penuh duka Memohon Ampun dari Tuhannya"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali… Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya" (Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim" (Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...
sumber : bahantarbiyyah.info
Peringatan Bagi Pejuang Islamwww.iluvislam.comsting7071Editor: deynarashid

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna: 1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)
2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)
3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.
"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)

4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails