BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Saturday, July 31, 2010


*** NAMA-NAMA YANG TAKKAN KU LUPA.. *** CORETAN HATI UNTUK INSAN YG BERGELAR SAHABAT SEPERJUANGAN...

Hari ini, aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..Menilai kembali, dalam diri dan hati, akan insan-insan yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..

Nama-nama yang kini sudah lama tidak ku hubungi dan juga nama-nama mereka yang dekat dihatiku apabila aku memerlukan.. Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama-nama yang penting di zaman kanak-kanak, zaman remajaku dan juga mereka yang kini sudah lama tidak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama-nama mereka yang sentiasa disampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku.. Nama-nama yang telahku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku.. Nama-nama insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak lagi wujud di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama-nama yang hadir dalam kehidupanku untuk hanya sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku...

Aku sangat hargai insan-insan yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku.. Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri bertukar menjadi hamparan mawar nan indah.. Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya...

Menukar tiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan... Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkanku menjadikan dirimu sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu...

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan.. Semoga ukhwah yg kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W...

*****"Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan hatiku.."******

Olahan: Tohirah...Sufi di hati ku...Saat tulisan ini ditaip, airmata bercucuran rindukan sahabat - sahabat...Adakah anda yg membaca nya juga begitu?Bacalah dgn berlapang dada..Genggam lah tangan sahabat yg semakin jauh dr landasan keimanan..tariklah sahabat yg lari dr medan perjuangan..kerana SYURGA ITU BUKAN HANYA UNTUK SEORANG PEJUANG, TETAPI LEBIH DARI ITU..

Jomlah sahabat semua kita laksanakan amanah bersama!!!

1 comments:

سريكندي آلنساء said...

Terima kasih kerana sudi memaparkan artikel ini - Tohirah Sufi

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails