BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Thursday, April 8, 2010

ISU HATI HATI MAKAN BEBOLA IKAN

NAMA : CHE ZUBAIDAH BT CHE LAH
NO MATRIK : IEJ070018
SUBJEK : HADITH DAN ISU SEMASA(IQEU3310)

Makanan bobola ikan ini sangat di gemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira pelbagai bangsa samada Melayu, Cina,India dan lain-lain. Tapi tahukah kita bahawa kebanyakan bebola ikan itu kandungannya mempunyai benda yang syubhah.

Melalui artikel yang dipetik dari kosmo, makanan yang berasaskan bebola ikan ini adalah isu yang menjadi syubhah kerana dapat dikesan melalui salah sebuah kilang di Kepala Batas yang mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Kes ini berlaku di Kepala Batas di mana kilang yang memproses bebola ikan ini telah di serbu oleh wartawan dan pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ( JKSPP). Hasil serbuan yang didapati bahawa kilang ini telah menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan didalam satu peti sejuk yang dipercayai mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun yang lalu. Perkara ini boleh menimbulkan keraguan bagi pembeli tentang status halal bebola ikan ini.


Berkaitan dengan hadith Rasulallah s.a.w didalam Shahih Bukhari,dalam kitab al-iman,bab keutamaan sesiapa yang meninggalkan sesuatu yang meragukan demi kepentingan agama,hadith no 50.

Rasulallah telah bersabda yang bermaksud, “ Halal itu jelas dan haram itu jelas dan diantara keduanya terdapat perkara yang mutasyabihat (serupa, tidak jelas haram dan halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia.

Selain itu pengusaha kilang itu juga dipercayai menggunakan minyak masak yang sama berulang kali dalam sebuah periuk besar dimana minyak masak itu didapati sudah bertukar menjadi hitam seperti minyak pelincir kenderaan.Kilang ini juga didapati memproses bebola ikan dengan mencampurkan daging dan perut babi yang sememangnya haram dalam Islam.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Isu bebola ikan ini yang menjadi kita tidak halal untuk dimakan disebabkan kerana ia bercampur daging dan perut babi. Allah S.W.T melarang kita makan bangkai babi kerana ia adalah unsur-unsur yang melambangkan syubhah dimana pengharaman makanan iaitu ‘bangkai’ yakni binatang yang mati dengan sendirinya dari binatang-binatang yang melata di atas bumi dan yang terbang.Jelasnya, yang mati tanpa campur tangan dari manusia dalam usahanya untuk menyembelihnya atau memburunya Di sini jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T melarang kita umat Islam supaya tidak memakan perkara-perkara yang syubhah.

Kesimpulannya, kita mestilah menjadi pengguna yang bijak dan hendaklah berhati-hati dalam memilih makanan dengan baik dan menghindari perkara-perkara yang syubhah.

0 comments:

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails