BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Wednesday, October 7, 2009

BILA IA SUDAH MENJADI KEBIASAAN




Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
(hadith34 Hadith 40- iman nawawi)

Agak-agaknya dimana tahap iman kita (terutama pada diri sendiri) sekarang? TANGAN (kuasa)? LIDAH? HATI? Atau memang tidak ada dalam senarai ini? Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita berdasarkan kisah realiti yang memang berlaku dalam kehidupan kita ini.

Tahun-tahun kebelakangan ini, umat islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak, mereka telah di sogokkan dengan program-program ‘realiti’ hiburan yang telah menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik di samping dunia glamor telah di janjikan kepada sesiapa yang berminat.

Maka berduyung-duyunglah anak-anak muda melayu islam yang berfikiran pendek(betulkah?) menyahut cabaran tersebut. Kerana bagi mereka, dunia artis merupakan suatu dunia yang menjanjikan kemewahan dan peluang rezeki yang cukup luas bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka, modalnya cukup mudah berbanding profesion yang lain. Sijil pendidikan? Tidak diperlukan, Sijil agama? Apatah lagi… Apa yang mereka perlu adalah, Sedikit muka yang tebal, wajah yang ayu (betulkah?), suara yang lunak (hmmm?) potongan badan yang cukup (?????).

Benarkah dunia artis menjanjikan kebahagian dan kejayaan? Atau hanya dunia yang hanya padanya terdapat 1001 satu cabang maksiat? Hmm Ok, kita kembali kepada tujuan utama post ini di tulis, biarkan mereka dengan dunia mereka(tapi bolehkah?). Di mana tahap iman kita dalam menghadapi situasi di atas? Tahap TANGAN ke? Hmm, mungkin ada yang memberi alasan, macam mana kami nak tegah (hentikan) program ini, kami tiada kuasa, kami bukannya pemerintah..(????)

Ok, kita turunkan sedikit tahap iman kita, tahap LIDAH ke? Hmm, masih ada lagi suara-suara sumbang yang tengelam timbul member alasan, “kami tiada ilmu, macam mana kami nak ajak (tegah) diorang dari terus menceburi alam maksiat itu, kami bukannya ustaz/ustazah” Atau mungkin iman kita berada di tahap ke 3 (selemah-lemah iman), HATI.

Namun ada lagi yang berani bersuara, “ala, kami tengok je, kami tak pernah undi pun, lagi pun kalau kami tak tengok pun, rancangan ini tetap berlangsung” Jadi, agak-agaknya di mana lagi kedudukkan iman kita ya?

*sekadar perahan otak di kala umat melayu (islam) makin leka dalam dunia hiburan, dan menjadikan lirik2 lagu sebagai gantik lirik2 ALLAH, moga-moga dapat member manfaat kepada semua, segala teguran atau kritikan di alu-alukan.


'ia' di sini membawa maksud kemaksiatan.

0 comments:

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails