BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

INGAT SELALU

Wednesday, August 5, 2009

Baitul Muslim: Medan Pentadbiran KHILAFAH Kecil



سبحان الذى خلق الأزواج كلها مما تنبت الأرض ومن أنفسهم ومما لا يعلمون
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. [Yaasin: 36]

Baitul Muslim biasanya dikaitkan dengan perkahwinan. Lebih tepat lagi baitul muslim memberi pengertian proses pembinaan rumahtangga yang berlandaskan syariat dan peraturan yang ditetapkan di dalam agama Islam. Malah Baitul Muslim juga dikatakan sebagai permulaan dakwah ke arah pembentukan masyarakat dan negara Islam dan ianya juga menjadi medan pentadbiran Khilafah kecil.

Perkahwinan juga digambarkan sebagai sebuah kumpulan masyarakat yang kecil dimana sistem pentadbiran Khilafah kecil ini mampu dilaksanakan mengikut method yang digunapakai oleh Nabi SAW di dalam firman Allah yang bermaksudnya: "Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya, engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman".
[ Al-Syuaraa’: 213, 214 & 215 ]

Allah SWT juga berfirman dengan maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam suatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya". [An-Nisa’: 58 & 59].
Perkahwinan merupakan suatu jalan yang sah di sisi syarak bagi menghalalkan perhubungan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita.

Allah SWT berfirman;
ومن كل شئ خلقنا زوجين لعلكم تذكرون
"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)". [Al-Dzariyaat: 49]
Manakala khilafah pula memberi maksud menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia mengikut ajaran dan undang-undang Islam.

ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون
"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir". [Al-Maaidah: 44]
Institusi kekeluargaan Islam merupakan suatu institusi yang diwahyukan.

Ia terbentuk bukan berdasarkan pengalaman hidup atau melalui proses pencarian manusia (human discovery). Kalau dilihat dari segi kepentingan sosial, institusi perkahwinan merupakan suatu bentuk pembahagian tugas antara manusia, di mana para suami bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak masing-masing.

Simboliknya, para suami dianggapkan sebagai pemimpin sebuah negara manakala isteri dan anak-anak diumpamakan sebagai rakyat jelata yang memerlukan bimbingan dan pimpinan daripada ketua negara.
Rasulullah SAW bersabda;
كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيته
[ Setiap daripada kamu adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap gembalaannya ].


TUNGGU SAMBUNGNYA LAGI.....

0 comments:

BLOG MOOD


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails